Halaman

Koleksi Gambar Filem KL Gangster 2 Prequel

Hari ni gua nak publish sedikit pics filem kl gangster 2 prequel.harap semua terhibur

credit pics=Thehitman Nazri


 





































hanya ni je pics yang gua publishkan.Nanti gua upload lagi

Buaya Lari Ditendang Petani Di Miri


sekadar gambar hiasan

Seorang Petani di jeti sungai hampir maut diserang reptilia sepanjang 1.8m. Hidup atau mati! Hanya itu berada di fikiran seorang petani ketika dia bergelut mengelak daripada diseret buaya sepanjang 1.8 meter ke dalam Sungai Sibuti dalam kejadian di Kampung Bulau, Bekenu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Johari Simuto, 23, sedang mandi di jeti berdekatan rumahnya sebelum dilibas ekor reptilia ganas itu yang menyebabkan dia terjatuh ke kawasan berselut di tebing sungai.

Buaya dengan anggaran berat 200 kilogram itu menyambar paha kanan dan cuba mengheretnya ke tengah sungai dengan dia terpaksa menendang kepala haiwan itu beberapa kali sebelum dilepaskan.

Johari berkata, dia yang berseorangan ketika kejadian terpaksa bergelut hampir lima minit bagi menyelamatkan nyawanya sebelum berjaya mencapai tiang jeti dan memanjat ke bahagian pelantarnya.

“Saya langsung tidak menyedari ada buaya menghampiri jeti ketika saya sedang mandi, tahu-tahu saya sudah terpelanting jatuh ke tebing sungai akibat dilibas ekor buaya.

Saya cuba menjerit meminta pertolongan namun tidak berupaya kerana paha kanan terlalu sakit akibat dicengkam gigi buaya dengan fikiran ketika itu hanya mahu naik ke atas jeti saja,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri.

Cuaca gelap ketika kejadian dipercayai menjadi punca mengapa kehadiran reptilia berkenaan tidak disedari mangsa dengan dia yang berada dalam keadaan cedera parah diselamatkan penduduk kampung yang turut menghantarnya ke hospital.
Sumber: Berita Harian Online



                                                       

Karangan terbaik UPSR [serius lawak]

SEKADAR GAMBAR HIASAN

    Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

    Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

    Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

     Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

     Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

   Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

   Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yangmendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.                                               

Mr Os Bawak Teksi Naik Atas Pentas Istana Budaya


KUALA LUMPUR – Pelawak Os daripada kumpulan Osbon akan membuat gimik tersendiri dalam persembahan Lawak Ke, Der? dengan membawa teksi miliknya sendiri di atas Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini yang akan bermula pukul 8.30 malam ini.
Menurut Abon yang juga salah seorang anggota Osbon, gimik itu adalah salah satu cara mereka bagi menarik perhatian para penonton menyaksikan persembahan lawak jenaka ala-ala stand-up comedy pertama yang diadakan di panggung tersebut.
“Kami akan mengadakan persembahan sekitar 30 minit dengan melakonkan pelbagai sketsa termasuklah menggunakan prob teksi milik Os di atas pentas Panggung Sari. Antara sketsa yang kami persembahkan ialah pengalaman Os sebagai pemandu teski selama hampir enam tahun.
“Turut diceritakan ialah kisah-kisah lucu membabitkan para penumpang yang pernah menaiki teksi Os,” katanya sewaktu ditemui sewaktu pelancaran Lawak Ke, Der? di IB di mana tiket menyaksikan persembahan itu antara RM53 hingga RM353.
Selain Osbon, persembahan anjuran IB itu turut menampilkan tujuh lagi pelawak iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Jozan (Johan, Zizan Raja Lawak), Nabil Raja Lawak serta Harith Iskandar.

credit=Mynewshub

                                             

Saya Bakal Kembali Urus Chelsea – Mourinho


JOSE MOURINHO tampak sudah bersedia untuk membuat kepulangan penuh sensasi sebagai pengurus Chelsea, musim depan.
Pengendali yang digelar ‘The Special One’ itu dijangka meninggalkan gergasi Sepanyol, Real Madrid pada musim panas ini untuk kembali berkhidmat di England.
Mourinho yang pernah membawa Chelsea menjulang enam trofi hanya dalam tempoh tiga tahun sebagai pengurus pasukan didakwa begitu teruja untuk meneruskan tugas lamanya di Stamford Bridge.
“Mourinho akan kembali ke Chelsea,” kata sumber paling rapat dengan pengendali dari Portugal itu, malam tadi.
Namun hanya yang mampu menjadi penghalang ialah permintaan Mourinho supaya pemilik Chelsea, Roman Abramovich memberi sepenuh kuasa kepadanya berhubung soal pengurusan pasukan tanpa sebarang campur tangan.
Chelsea kini dibimbing pengendali muda, Andre Villas-Boas.

                                                   

Zizan Tolak Tawaran RM18,000 Semata-mata Untuk Bersama Ust Azhar




Cerita Disebalik penglibatan Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya.

Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus.

Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas.

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu.

Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur.

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat.

Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

AirAsia disaman kerana tambang

                                                   

SYDNEY - AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.
Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.
Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.
"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.
sumber=Kosmo online