Baru-baru ini rakyat Malaysia gempar
apabila dikejutkan dengan kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari
langit di Kota Samarahan, Sarawak, sehingga mendapat liputan dari
seluruh dunia.
Bunyi yang serupa juga dilaporkan
pernah kedengaran di Aaborg, Denmark, dan direkodkan berlaku di Sweden
pada 1 November tahun lalu.
Insiden tersebut telah menyebabkan
ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi
aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai
pihak.
Antara teori paling terkenal yang
dikatakan menjadi punca berlakunya insiden itu ialah Program
Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP).
HAARP adalah merupakan program
penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US
Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research
Projects Agency(DARPA).
DARPA pula dikenali sebagai sebuah
agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk
membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan
Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, HAARP dipercayai
merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti
penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi
meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di
Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih
yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
Selain itu, IRI mampu memancarkan
frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan
Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Diandaikan bahawa hasil dari IRI
tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan
ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi
aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.
HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini.
Program yang bermula sejak tahun 1993
itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana
alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut
yang menjadi tanda tanya ramai pihak.
Namun sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’.credit=Mynewshub