Halaman

Youtube Mencatatkan 4 Bilion Paparan Setiap Hari

                                       

Laman video paling popular didunia, Youtube telah mengeluarkan satu laporan kepada akhbar Reuters bahawa mereka kini mencatatkan 4 bilion halaman dipaparkan setiap hari. Perkara ini juga telah disahkan oleh pihak mereka melalui sebuah pengumuman di blog mereka. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 25% berbanding 8 bulan sebelum itu.
Selain peningkatan jumlah halaman, terdapat juga jumlah peningkatan tempoh video yang dimuat turun ke laman Youtube. Kini, 60 jam video dimuat turun setiap minit di Youtube berbanding 48 jam video dimuat naik pada bulan May lalu.